Sunday 25 September 2011

You.

Aku suka untuk cakap dan sampaikan apa yang KEKASIH HATI PUJAAN KU selalu war warkan padaku.

Apa yang kita cakap, apa yang kita fikirkan, menggambarkan siapa diri kita sebenarnya.

Mula mula aku tak paham kenapa laki aku suka cakap camtu, rupa rupanya betul la. Apa kita cakap, apa benda kita fikir, itulah sebenarnya diri kita. Cuba perati betul betul apa kita cakap. Plus aku ni suka memerhatikan orang. Tak kira la masa aku jalan jalan ker, tengah lepak minum ker. Bukan itu sahaja, status fb pun. Disitulah orang akan cakap ikut kepala otak termasuk la aku sebenarnya. Aku bukan nak mengulas apa korang nak update, sebenarnya tade mengena dengan aku pun.

KAT SINI, AKU BUKAN NAK HENTAM SAPE SAPE TAPI SECARA TERBUKA NAK BAGITAHU SESETENGAH PIHAK JANGAN JADI PAK SIBUK DALAM HIDUP AKU.

Entahlah, aku tak paham la kenapa ada orang memang jadi stalker aku. Pastu hentam belakang. Erghh nak aku mencarut kan, tapi laki aku pesan bawak bersabar ye sayang. Difikirkan balik, secara positifnya, aku akan tergelak. Nak tau sebab apa, sebab life diaorang xsemacam aku. Ya allah, bukan aku nak bangga atau berlagak. Aku dah hadap macam2 dalam hidup ni, sejak mak aku tade, aku survive tau tak. Bercinta dengan si S tu aku merana selama 4.5tahun camtu. Dah macam2 aku rasa, so kau tapayah la nak stalk jelez sgt dengan aku. Aku bahagia sikit taboleh ke ?

And please laa, pegi hidup dengan life korang. Jangan nak stalk sangat.

Saturday 17 September 2011

Proudly say 'I Do Sayang'

Hi peeps ! Its been a long time enan tak update blog. Terlalu busy dengan life yang semakin lama semakin hectic ni. Almaklum secara jujur dan teramat jujurnya, enan terlalu sibuk menyesuaikan diri dengan situasi dan keadaan yang semakin hari semakin berubah. Maybe ramau yang tertanya atau sudah sedia maklum dengan title post kali ini. Yah, ianya berkisar tentang kehidupan yang bakal enan tempuhi.
Ramai yang tahu dan ramai jugak yang tak tahu bahawasnya enan sudah diikat as a gf kepada Zaky Benjamin bin Dato' Benjamin Hasbie sejak 3bulan yang lalu. Banyak yang ditempuhi dalam masa yang singkat dan masih juga terlalu awal untuk kami berdua mengenali hati budi masing masing. Enan sudah dilamar Zaky usai awal perkenalan kami lagi. Diawal hubungan kami lagi, Zaky sudah membuat keputusan menjadikan enan suri dalan hidupnya.
And im proudly say yes, i do sayang. Ceh, dah macam drama cinta puloks. Hehe.
Dari masa ke masa, kami berdua merancang pelbagai perkara, dan boleh dikatakan hampir sebulan proses yang kami perlukan untuk mencari kata sepakat kedua belah keluarga. Dari satu tarikh ke satu tarikh. Ini berlaku kerana jadual kerja yang tak menentu, keluarga Zaky yang banyak travel ke sana ke mari, Kesibukan Zaky dengan kerja kerja beliau, manakala saya dan keluarga dengan urusan tersendiri.
Mengapa saya bersikap mendiamkan diri dari ramai orang yang bertanya masih singlekah saya, menanyakan diri saya sebagai gf mereka, maafkan saya. Tiada niat untuk mengecewakan hati kalian. Saya punya sebab tersendiri. Saya punya pengalaman putus tunang setelah bercinta selama hampir 4tahun. Maka, saya tidak gemar menghebohkan diri saya sudah berpunya, sudah dilamar seorang lelaki yang insya allah bakal bergelar suami kepada diri saya.
Maafkan saya, dan mungkin saya boleh jua katakan, dengan cara itu saya lebih mengenali siapa yang jujur, siapa yang hanya mahu saya sebagai alat mainan kalian, siapa yang lebih serius. Saya banyak mengenali hati lelaki.
Bukanlah kerana pilihan hati saya ini berkedudukan, punya status, punya segalanya, kereta, rumah, bukanlah harta dunia yang saya cari, cuma hati yang ikhlas menyayangi saya. Ye, saya tidak tahu sejauh mana ikhlasnya diam tetapi biarlah hanya saya, dia dan Tuhan yang mengetahui. Tidak perlu anda di luar mempersoalkannya.
Kepada bekas tunang dan seluruh keluarganya yang mengenali saya terutama mak dan abah, enan berdoa kalian berbahagia. Insya allah, jemputlah datang ke majlis persandingan enan. Enan takkan pernah melupakan kalian walau sejenak kerana sejarah yang enan sudah lalui. Tiada dendam , cuma mohon doakan kebahagiaan enan yang enan cari selama enan.
Dearest my hearty,
You will always in my dream. The one im always pray to Allah. Insya allah sayang. I love you abang. May Allah bless us and let our dream come true. Amin.

Thursday 8 September 2011

million thanks.

thats what we call buddy:)

seharian aku ketensionan, dan secara tiba tiba, tanpa aku perlu bising kecoh, si amey dah text aku sejak pagi lagi, bertanyakan aku buatpe. even sekejap text sekejap tak, kerana kesibukan beliau menyiapkan assignment, aku tak kisah. pada aku, thats what we call bff. always there senang ke susah. so sekarang aku ngah susah. kategori susah hati. amey ajak aku lepak, aku on. sebab aku tak pikir apa, niat aku nak tenangkan kekusutan aku. bukan aku nak jumpa , nak luah bagai perasaan, tade tade. aku bukan camtu. jumpa amey, dia tanya aku ok ke tak. ok jeaa. ' sabar, enjoy jela wat tatau. nanti oklah tur k. ' aku senyum. lepak jp, pegi pekena char kuey teow kat hang tuah mall, yg buat pertama kali aku tahu tempat tur cool and ada shisha. aku tak layan , im not in the mood. amey amey. kau selalu wat aku senyum nan kemasonan kau. sorry babe, aku cam tade nak mood sangat. hati rungsing arr. tapi balik je, hati aku tenang. and i guess this what we call buddy. bestfriend. tapayah cakap cite panjang kita ada problem, dia sendiri boleh paham:) mey, thanks for the night. 

Wednesday 7 September 2011

maybe ?

Benarkah membawa diri itu boleh mengubat hati hati yang terluka ?

Monday 5 September 2011

Selamat Menyambut Lebaran 2011

First of all, sebelum aku membuka jalan cerita yang panjang, 
let me wish,

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir&Batin
Ampunkan salah silap saya,
Halalkan makan minum saya,
Redhakan perjalanan hidup saya,
Doakan yang terbaik dalam cerita saya.
Amin.