Friday 15 June 2012

Kesedihan dan Kegembiraan

Assalamualaikum.


Hi everyone. Alhamdulillah, masa berganjak dan aku masih bernafas di sini. Di bumi Allah yang maha luas ini. Nafas yang aku hirup, segarnya. Terima kasih ya Allah. 


Few things happen in my life, upside down, dan aku tempuh dengan semampunya aku. Kerana ternyata, apa yang diturunkan ujian Allah buat aku, ia khas untuk aku, dan sememangnya Dia tahu aku mampu menanganinya. 


First, Aku sudah sah bergelar isteri kepada suamiku, Zaky Dato' Benjamin Hasbie. Alhamdulillah. Aku halal buatnya. Aku bersyukur tak perlu takut bergelumang dengan dosa, tak perlu takut akan hasutan syaitan, malah aku telah membuatkan mereka menangis. Itu satu hal.


Second, keluarga bekas tunang aku kembali menggangu aku dan keluarga dengan mengatakan aku telah mengaibkan mereka di laman facebook milikku. Maaf. Status saya tidak menyebut nama awak sekeluarga. Malah ugutan mak awak, saya boleh bawa ke balai polis dan mahkamah. Dan secara jujurnya, saya telah berbincang dengan beberapa pihak. Pernahkah awak sekeluarga terfikir, yang anak awak dahulu telah memalukan saya sekeluarga ? Pernah terfikir ? Dengan memutuskan tali pertunangan, dengan meminta semula cincin dan segala hantaran walhal sebenarnya keluarga awak yang meminta putus, tahukah kamu sekeluarga, cincin tunang dibeli oleh saya sendiri dan dijual pula oleh anak awak ? dan adakah saya sekeluarga memarahi kamu sekeluarga ? ohh tidak sama sekali. Jadinya hentikan gangguan yang tidak seberapa kerana sebenanrnya memalukan kamu sekeluarga jua. Cukup, saya sudah berkahwin dan sudah membuat keputusan demi kebahagiaan keluarga saya. Tak perlu bertemu muka bermasam muka, berlagak dengan apa yang kamu ada. Saya, atau bekas kekasih kamu tidak pernah berminat dengan apa yang kamu semua ada, malah kami merasakan kami jauh meninggalkan kamu sekeluarga membina hidup.


Later sambung lagi.

No comments:

Post a Comment