Tuesday 1 January 2013

Assalamualaikum. 

Its already 2013. Alhamdulillah dipanjangkan umur. Banyak perkara berlaku sepanjang kehidupan 2012 aku. Well, hidup ini masih panjang. Tahun ni, meningkat setahun lagi umur,  23 tahun. OK, takde masa nak bla bla bla lagi. Focus Hyannan !! 

Sekarang ni, aku menanti masa untuk bersalin. OMG ! Dulu, ber-blogging ni zaman anak dara - zaman otak budak - zaman tunangan orang - now !! zaman jadi isteri orang + mummy budak. OHMAI! :) cant wait to see my first first babyyyy. 

Well, so many things to write, tapi EN Hubby dah panggil... Weee. Got to go guys. 

Seeyaa later !

Salam.

Monday 1 October 2012

Its a Wake Up !

Wah, its been a while. Ops ! Sorry. 

Assalammualaikum guys. 
Lama betul aku tak blogging ni. Rasanya sejak aku pregnant lagi. Hehe. Dah pregnant pun, Sah dan Halal lagi. Kau ada ? Weee :) Ok2, tak baik riak. Not good fer baby. 

Ok, apa nak cerita ye ? Lama sangat berkapuk dah tak tau apa nak cerita. 


Baru2 ni dok survey kereta. Atas ni Brabus.. Then adalah survey Porshe dengan BMW Z4. Dah tu, dah pening kepala which car pulak nak choose. Last2 sit down, fikir dulu pro and con semua tur. =.=

Sekarang, me and hubby masih survey barang2 baby. My parents in law pun excited dah nak ada cucu baru. :) Tak sabar nak ada baby sendiri. Kau ada ? Hehehee. 

Eh eh, ok ok. Panggilan kecemasan dari suami. Buzy buzyyyy. Papaiiii

Saturday 30 June 2012

teee teee teee heee ;)

My Weddingggg :)

Hi geng. Ok, my wedding dah lama berlalu, but itu bukanlah penanda aras bahawa aku tak boleh bercerita pasal hari kahwin aku aritu.

Sebenarnya, lebih nak bercerita happynya aku dan bukan jugak nak tunjuk aku sorang je bahagia. Ok, fine. Tak nak baca sudah ler. HAHAHA.

Yeah, life getting bettaaa ! :) Alhamdulillah, dah selamat jadi isteri orang, dah selamat segalanya dengan cara yang diredhai dan dianugerahkan nikmat tak terhingga oleh Allah. Syukur, alhamdulillah again. Aku bahagia dengan suami halalgel aku. Hehe. Perkara yang korang takkan dapat rasa selagi tak nikohh weii. Aku dulu pun bercinta berduyun duyun, tak pernah pun rasa mcm ni. Aku kenal suami aku sekejap je kot. Kenal kat Formula Drift Malaysia sbb masa tu sama2 kerja. Cuma job dia besar, aku takat usher je pun. Perkenalan singkat, yang akhirnya aku dibawa jumpa mak bapak dia, then tahu2 nak tunang, tahu2 dah pilih tarikh kahwin. APA ?? Bunyi sekejapa kan, memang pun. Kalau ikut tarikh aku kenal sampai tarikh aku nikah pun belum cukup setahun aku kenal suami aku. Tu tak tolak masa kawan, masa cinta lagi.

Tapi dah nama jodoh, akhirnya aku kahwin dengan dia. Adalah few times aku gaduh dengan suami aku masa  bercinta dulu. Nak kata teruk, maybe teruk lah. tapi yang pelik suami aku takkan pujuk pun time tur, dia biar je, then esok lusa baru dia pujuk. ada jugak masa dah tunang, kitaorang gaduh teruk, teruk betul. sampai seminggu aku rasa tak tegur, the best part abg n ayah aku tahu. Siap bagi nasihat lagi, yang best aku cakap aku dah tak nak dekat dia lagi. aku cakap nan ayah n abg aku, cukuplah pengalaman aku dengan bekas tunang. aku tak kahwin , tak bercinta dengan sape2 sampai bila2 pun takpe. bahagia hidup aku. takde pikir hal orang lain. agaknya bunyik serius, diam2 abg aku sms suami aku time tu. aku plak memang off hp, langsung xon2. tak nak gangguanlah kiranya. habis pikir brooo. hahaha. tapi nak jadi cerita, abg aku suh jugak on hp, aku on la. sekali tu dia berbondong2 la sms, misscall and ntah apa2 lg. lepas tu masih lg aku keras kepala walaupun mcm dah cair sikit, esoknya abg aku g jumpa suami aku. akhirnya, suami aku datang rumah nak bawak aku keluar jugak. dia pujuk2 barulah kitaorg berbaik. ayat dia yang mungkinlah aku ingat, yang dia tak pandai bermadah, cuma dia dah puas hidup dengan bekas gf yang tak jadi kahwin, yang dia akhirnya dah jiwa mati, tak nak kahwin langsung. tapi bila jumpa aku, dia rasa pengalaman menjadikan kitaorang matang dan sama2 paham perihnya bercinta tur. dia nak jadikan aku yang sah buatnya, so then dia tak payah merana lagi.

bila dah ok, terus buat preparation kahwin. mula2nya idea nak buat small ceremony bcoz nak jimat duit, tak nak bazir2. tahu2 punyalah besar parents in law aku buat. alhamdulillah, juga rezeki allah yang memudahkan segalanya.

ni tips dia aku nak bagi sikit,

mulut kena selalu cakap, 'Ya allah permudahkanlah segalanya buatku.' kalau nak tambah pasangan, tambahlah. everytime doa mcm tur. masa sembahyang of course la kena tadah tangan doa benda sama. tapi perkara ini, mesti dilakukan oleh kedua2 pihak. kalau seorang je doa untuk relationship tu , tak guna jugak. ni tips dari aku lah. sebab perkara ni alhamdulillah, terbukti kat aku. masa solat, doa panjang sikit. doa pada allah, kalau ini jodoh aku, maka kau berikan aku jalannya. insya allah, nanti nampaklah keberkasanannya. yang baik datangnya dari allah, yang buruk datangnya dari kita sendiri yang jahil.

nnt aku sambung tips2 rumahtangga dan kesan2 nya.

Friday 15 June 2012

Kesedihan dan Kegembiraan

Assalamualaikum.


Hi everyone. Alhamdulillah, masa berganjak dan aku masih bernafas di sini. Di bumi Allah yang maha luas ini. Nafas yang aku hirup, segarnya. Terima kasih ya Allah. 


Few things happen in my life, upside down, dan aku tempuh dengan semampunya aku. Kerana ternyata, apa yang diturunkan ujian Allah buat aku, ia khas untuk aku, dan sememangnya Dia tahu aku mampu menanganinya. 


First, Aku sudah sah bergelar isteri kepada suamiku, Zaky Dato' Benjamin Hasbie. Alhamdulillah. Aku halal buatnya. Aku bersyukur tak perlu takut bergelumang dengan dosa, tak perlu takut akan hasutan syaitan, malah aku telah membuatkan mereka menangis. Itu satu hal.


Second, keluarga bekas tunang aku kembali menggangu aku dan keluarga dengan mengatakan aku telah mengaibkan mereka di laman facebook milikku. Maaf. Status saya tidak menyebut nama awak sekeluarga. Malah ugutan mak awak, saya boleh bawa ke balai polis dan mahkamah. Dan secara jujurnya, saya telah berbincang dengan beberapa pihak. Pernahkah awak sekeluarga terfikir, yang anak awak dahulu telah memalukan saya sekeluarga ? Pernah terfikir ? Dengan memutuskan tali pertunangan, dengan meminta semula cincin dan segala hantaran walhal sebenarnya keluarga awak yang meminta putus, tahukah kamu sekeluarga, cincin tunang dibeli oleh saya sendiri dan dijual pula oleh anak awak ? dan adakah saya sekeluarga memarahi kamu sekeluarga ? ohh tidak sama sekali. Jadinya hentikan gangguan yang tidak seberapa kerana sebenanrnya memalukan kamu sekeluarga jua. Cukup, saya sudah berkahwin dan sudah membuat keputusan demi kebahagiaan keluarga saya. Tak perlu bertemu muka bermasam muka, berlagak dengan apa yang kamu ada. Saya, atau bekas kekasih kamu tidak pernah berminat dengan apa yang kamu semua ada, malah kami merasakan kami jauh meninggalkan kamu sekeluarga membina hidup.


Later sambung lagi.

Tuesday 20 March 2012

Time is Clocking

Masa itu pantas berjalan. atau ia terlalu slow kat aku ? ke aku gatal kahwin ? ke apa apa jela. banyak pulak ke nya. adei. sebenarnya lately ni aku ada migrain je. sometimes, everyday. apehal la kepala otak aku ni hah. mungkin jugak aku banyak pikir. risau banyak perkara. aku pikir aku akan relax, tenang. but what ?! actually gabra la wei. korang dah rasa ke tak pena rasa ke apa ke, aku peduli apa? sekarang, citenya, AKU ! deh, serius aku gelabah je. should be aku tenang la, sbb banyak dah aku settlekan. few things je belum. rumah pun dah berkemas, cuma nanti kena touch up. 


aku sentiasa berdoa je semoga perjalanan majlis berjalan dgn lancar, maybe not sempurna tapi ye, berjalan dgn lancar. kita tak boleh puaskan hati orang. sekadar yang termampu. wish me luck guys.

Friday 9 March 2012

Mood.

Hi :(


Lately aku terasa emosi yang melampau. entahlah. im not ready for everything. tersenyum tapi kosong diantaranya. haishh. lemah je rasa. amik nafas panjang, dan lepaskan, still, masih tak rasa lega. dan kadang nak je aku lepaskan semua dan biar semua tahu aku tertekan. dunia ni dah tak seindah mana. makan pun lately dah tak lalu. aku asyik lepas geram aku dekat golf je. the best part, bila aku tension ni, main bagus pulak. 


esok aku kursus kahwin, and im not ready at all even baju dah siap gosok. yela kursus kat kl bukan melaka. pagi dah gerak, malam balik. ahadnya pun camtu gak. cet. letih je. tapi kena pegi kan. tak best sebab aku sorang je kursus. tunang aku dah kursus awal awal lagi. serius aku tak ready. dan itu menambahkan moody aku. 


tambah lagi tension, isnin kena buat blood test, kalau boleh settlekan borang nikah tunang aku, dah settle dia baru boleh buat borang aku. which is aku rasa makan seminggu. rumah aku tak kemas kemas lagi dan aku pulak sorang je kena kemas sbb along aku tengah pantang, abang aku kerja dan kak sha kat kedah, macam mana nak balik tolong. the best part, semua balik sehari sebelum aku nikah. hari jumaat. grrr. 


aku terasa letih, terasa penat, terasa stress. ok tu side aku. side tunang aku. satu benda alah pun tak buat lagi. kan ke stress tu. tunang aku tapayah cakap la camne dia stress. sebab side tunang aku, bukan majlis kahwin biasa. its a GOLF WEDDING ! 


btw, kahwin bukan perkara mudah tapi itu yang akan diharungi semua orang yang nak kahwin. mungkin tak semua rasa WEDDING STRESS. tapi aku dengan tunang tengah rasa benda tu sekarang. both are perfectionist. thats why kitaorang jadi macam ni kot. kitaorang berharap sangat majlis berjalan dengan jayanya. haish. Ya Allah, kau tenangkanlah hati hambamu ni. aku terlalu lemah dan terlalu lemah untuk menghadapi ni semua. bila both stress, apa yg nak buat pun takde mood. so macam mana nak decide apa yg bagus. entahlah. lemah lemau lembik dan seL yang lain. 


brb.