Thursday 25 August 2011

sorry.



I WANT TO BE YOUR GIRL
&

THE HARDEST GOODBYE
PLEASE DONT LEAVE ME OHH MY DEAR  

 

OHH my dear farisya.

ADREANNA FARISYA BINTI ABDUL RAHIM

cak !
kakak ! hee, rindu aku nak mendengar dia panggil aku camtu. 
sayang, kita tadapat dah jumpa lagi. farisya sayang, ingat kakak ok. kakak nak nangis tadapat dah jumpa, peluk ciom, main main dgn sayang. apalah sayang pandai sekarang ? setiap kali dah nak raya, kakak berhabis duit beli barang2 dan keperluan farisya. kasut, baju kurung, gown, seluar, stokin, jam la macam macam kakak belikan. ingat dulu, farisya tanak bukak kasut dengan jam. suruh kakak pakaikan baju semua. 'cantik, cantik.' rindu nak dengar suara farisya. sayang, even sayang bukan anak kandung kakak, kakak sayang farisya , janji kakak sampai bila bila pun kakak nak jaga farisya. tapi bukanlah hak kakak. ulang ulang kakak cakap macam tu. kakak tahu farisya akan membesar jadi budak baik kan. janji tau tau. sayang papa okay ! dengar cakap papa okay sayang :) i love you so much sayang. mati hidup balik kakak akan rindu farisya. ohh my adreanna farisya.

HHawker's Geng !

Topclass BFF's

amey ;)   
 amey. welane, aku kawan dengan amey rasanya dah masuk 4tahun. since aku kat unisel. budak ni memang mason. memang giler. ok, amey ni dancer sebnrnya. dia budak tectonik/shuffle ni semua. bagi apa step kat dia, mmg jalan punya plus dia la sifu aku ! amey memang carik duit dgn dancing ni. aku salute dia bak tu, semangat sungguh sungguh dia. tapi bak study, memeyy arr nak belajar sgt. dulu aku dgn dia sama sama memonteng class, melepak semua aku dgn dia. actually, group aku time tu ada 4org. aku, amey, ejam jb dgn mason. aku dgn ejam satu class ( aku dgn ejam budak photograpy - dip in photog tecno. ) while amey dgn mason satu class graphic. tapi ktorang bleh ngam nak mampos sampai satu unisel pun kenal muka kitaorg. mana tempat pun korang nampak, mmg aku dgn diaorg. tadenya ada umat lain. kalau ada pun, pak and mak nyibuk je. susah senang , inilah orang2nya yg aku ada time tu. aku mmg sayang gila nan 4ekor ni, tp atas sebab2 tertentu terpisahnya ktorang bt jalan sendiri. sebabnya adalah, amey da kena tendang unisel, aku sem3 dah ranap, ejam masih meneruskan belajar tp ntah apacite dia sekarang, mason menghilang tadapat aku n amey kesan. tinggal la aku dgn amey masih keep in touch n masih jugak jumpa. sakit pening aku, susah aku senang aku, amey ada. macam tu jugak amey. aku sayang amey macam family aku sendiri. so sekalipun mcm mana badai, aku stick percaya amey, stick as bestfriend even orang cakap apa pun, pedulik apa aku. sekarang amey sgt hampir dgn aku sbb sekarang dia belajar kat uitm lendu, sejengkal je dgn uma aku kat alor gajah ni. lg hati aku seronok ! 


iezrah :D


heyy si comey iezrah ni. aku kenal iezrah sejak sek men lagi. aku dgn dia on off sebab dia ni tapenanya sek satu tempat. kejap sana kejap sini. dan sememangnya zaman sek, mmg tak la aku rapat dgn dia. alaa gitu gitu je. tak sampai setahun pun usia kerapatan aku dgn iez. kitaorang contact tru fb balik, and from there kita close. menambahkan close, iez ada order cupcakes dgn aku masa aku kat kl. dia dari melaka dtg amik cupcakes tu weeyyy. seja itu, berplus plus aku dgn close. jumpa ntah dah bape kali la kan, sampaikan setiap kali balik melaka, macam kemestian jumpa budak tembam nih ! haha. sweet je gitu. bila dgn perempuan senang nak cite semua benda, sebab perempuan kan. so bila aku ada masalah, same goes with iez, masing2 ada bila diperlukan. segala masalah aku dgn syuk dulu pun mmg dalam kocek iez la. nangis esak esak, gelak dekah dekah, mmg iez la tempatnya. baru baru ni aku adiahkan kek birthday dekat bf iez. iez dgn faiz punya seronok , tak leh cakaplah. aku hargai relationship ni sbb aku sgt trust bahawasnya iez sentiasa ada dgn aku susah senang. dia takkan pergi macam kebanyakkan orang yg silih datang dlm hidup kita even ngaku kita ni BFF dia. lebiu iez ! thanks for everything dear :)

syapik / stim :)
ok, mesti carik carik mana syapik . tepi sebelah kiri sekali berkasut coklat. hehe. aku kenal syapik masa aku couple dgn syuk lagi. aku jarang dapat lepak dgn syapik sebabkan dia study nun jauh kat penang and sampai sekarang pun tahabis habis lagi. tapi kalau ada masa, memang aku akan lepak dgn syapik. fb tayah cite, mmg bercomment sampai ke sudahlah. text/call memang tatau la kekerapan dia. dasyat dasyat. apa apa pun aku mmg kerap berhubung dgn syapik. bukan nak cite masalah je, kadang kadang tade apa pun. saje je buang kredit. aku boleh cakap syapik bukan mcm sesetengah lelaki yang susah kita nak get along, sangat senang dan aku percaya mana mana org kenal syapik mmg suka syapik. sbbkan sikap low profile dia. kau ada masalah ke, kau ada senang ke, kau kurang sen ke lebih sen ke ini orang tapandang tu semua. cariklah dia time susah, mau dia tolong sampai ke hujung. even syuk tu member dia sendiri, dan aku kenal syapik dari syuk pun, hal aku dgn syuk dia steady. dia tak belah sape sape, bukan hal dia. tu aku respect pasal dia. syapik, lu memang sudah dihati wa la ! wa sayang lu babe ! ingat, aku ada dengan kau ! 


rasyidah : ]


 hah ! ni best best. korang dah tengok dan baca yang atas atas tu kan ? ha ha ha? da kan ? BFF lain paling kuat 4tahun, yang ni ? ceteka ceteka ? hah ? apa apa ? aku agak ada dlm 14 ke 15 tahun usia persahabatan kami ! hebat tak ? lama sial !! tapayah cakap la, aku dgn dia sampai tahap melepak uma tu taingat la . umah da le dekat nak mampos, sekolah sama je. kelas pun sebelah sebelah, tu time sek menengah. time sek rendah, mmg satu kelas la kan. balik pun sama sama. bercinta je ke berhujan berpanas, weyyy aku dgn syidah berhitam berembun, berhujan, bermendung ke apa semua sama weyyy ! mak bapak kamceng baik punya. adik beradik syidah dgn adik beradik aku masing masing ada click sendiri. so bila dtg beraya mmg tabosan la, sbb masing2 ada pasangannya ! haha. aku dgn syidah mcm adik beradik, taleh pisah punya. bayangkan berbelas tahun kitaorang kawan, apa bangsa member aku syidah takenal. semua ex2 bf aku, tangan syidah la. dia boleh tunjuk sorang sorang weyy. hehe. bleh kata aku dgn syidah tapena gaduh okay. tableh gaduh la aku dgn dia, aku tareti masam muka dgn syidah. syidah pun bukan amik port punya orang, muka tade perasaan. haha . semakin membesar, aku dgn syidah still together. aku seyes tasangka aku dgn syidah punya lama member. perghh, lama siot. even masing masing ada jalan hidup sendiri, aku dgn syidah stick. dan insya allah, semakin mendatang aku dgn syidah tetap BFF ! sayang kau syidah ! 

:) so begitulah ceritanya. aku cuma ada 4manusia ni yang aku sgt sgt trust. upside down aku dgn diaorang. aku hilang mana, ini 4org je tau. kau korek la macam mana, aku trust diaorang pegang janji. perghh btw panjang dah aku citer ni, aku letih da , banyak keje aku buat, almaklum raya bakal menjelang, anak dara manyaklah kisahnya. chowwss !

P/S : beraya jugak, beramal pun jugak, beringatlah pada yang susah dan yang telah pergi. i do miss my mak. mak, if you r here, i wanna hug you like forever, treat you the best i could ! ohh if i can.

Tuesday 23 August 2011

the only pewaris keturunan haji moktar


HAH CAK ! 
Sape pulak gerangan budak kecik ni? tentu tentu bukan anak aku. anak kakak aku kat kedah tu hah. comel gila. aku lama tak jumpa budak ni. tahu tahu dah lahir ( almaklum makcik dia ni busy sangat ) , tahu tahu jumpa je dah berjalan budak ni. power tak power la busu dia ni. sorry ye mikhail, busu busy la comel. tapi alhamdulillah, budak ni tak banyak ragam. jumpa busu baik je. manja manja dengan busu sampai tido pun sama ye. hehe. eyhh raya kau balik tau ! busu babab kalau tak balik. haha eceh busu melebih. lahir dulu tanak tengok. merajuk konon. aku suka budak, kau susah ? 

P/S : terlalu merindui anak anak buah sekalian. bersempena raya, sila balik. busu rindu korang la ! and please be nice. busu ponet ngomeh umah. haha :)





Selamat selamat selamat

HAPPY PENGANTIN BARU KAWAN

MAS AYU & AMRI     
adehh sweetnya:)
Pengapit pengapit dara sunti 
si comel, BFF tersayang. iezrahhh.
Alhamdulillah, selamat dah kawan aku ni melangsungkan perkahwinan. Kawan zaman sekolah dulu. Satu satunya member yang aku dapat hadirkan diri ketika majlis beliau. sayangnya hanya majlis akad nikah, tapi oklah aku dapat jugak hadir. aku tumpang happy sebab nampak betapa happynya dia. aku suka sangat sangat. sampai sekarang macam tak caya kau dah kawin mas. dulu tido pun sama sama. sekarang tak dapatlah kan. hehe. =.= masa akad nikah tu , bukan aku je ada. bestfriend aku , iezrah pun ada. dan hasna si gangster comel skrang. hehe :) wah wah lepas ni, siapa pulak yang akan menyusul si mas ayu nih ? jeng jeng jeng.
Apa pun, 
Selamat Pengantin Baru Mas ayu & Amri ;)

Monday 22 August 2011

ZH

ZH ?

okay, ramai yang tanya apa itu ZH ? here we go, ZH stand for ZAKY - HYANNAN. 
ZHmemography adalah salah satu projek photography-videography join venture antara aku dgn zaky. dan siapa pula Zaky itu ? Zaky Benjamin. Aku boleh katakan dia adalah teman aku yang terhampir dengan aku selepas dukacita kehilangan arwah syuk. ( syuk belum mati lagi tapi nama tu aku dgn azah gunapakai sebab beranggapan bagusnya kalau syuk mati. hehe. kidding weyy. ) 


Luckily aku jumpa zaky. pembakar semangat aku. peniup api semangat aku. proses hubungan aku dgn dia berjalan sgt pantas. aku tak nak citer panjang, aku tak nak melebih. cukup aku katakan, bersabarlah. bagi aku masa.

Sunday 21 August 2011

super duber

hi peeps !

*syhhh, idk why la my feeling upside down ? ke sebab i kena virus apentah yang membuatkan seorang kaki jalan terpaksa terperuk dirumah selama 2minggu ? terpaksa tidak meraikan birthdaynya yang ke 21, dan tidak dapat menyambut lebaran seperti kebiasaannya ? BTW, ntah sejak bila aku sambut birthday dgn raya yang best ? since arwah mak tade, obviously dah tak best la kan. bukan aku yg buat mood tak best , tapi sape yang tade mak bapak tahulah camne feeling dia. lagipun raya zaman sekarang bukan macam dulu, yang penuh dengan dentum dentam mercun ( zaman dulu selamat je aa main mercun , skrang ramai sangat saintis2 xberkaliber ! ) , nak shopping pun seronok je aa. sekarang, masing2 nak berlumba kau pakai brand apa, kurung kau ada banyak manik gelita ke, handsome ke aku dgn belieber style . arghh bosan bosan. so aku meletakkan raya atau birthday aku biasa jee. dah besar2 ni tade sape nak layan birthday aku ni. hadiah tu jauhlah sekali, ingatan tulus ikhlas maybe adalah kan. syukur okay enan :)

2nd topic, 
love lova lova.
this is the real. aku sebenarnya letih pikir pasal cinta ni. like everyone knows, aku dah putus tunang dgn syuk almost 2months. macam mana topik ni boleh keluar? semalam umi aku tetiba bukak cite ni. dia tanya aku dah bape lama aku putus tunang ? so aku jawab almost 2bulan. umi kata cepat masa berlalu. yeah for sure. bila aku balik bilik, so bukak la segala gambar, segala kenangan , segala memory aku dgn syuk. the simplest memory yg buat aku nangis bagai nak rak, saat pertama kali aku jumpa syuk. macam mana pertama kali aku jumpa dia, he holds my hand closely, deeply sampai aku rasa dia takkan lepaskan aku saat tuh. bila dia hantar aku balik, he declare dalam sms, dia nak aku jadi suri dalam hidup dia. aku kaku. diam. selama 4tahun, aku melayari bahtera hidup dgn dia as kawan, gf, tunangan dia dan hampir menjadi isteri, aku rindu saat saat itu. sekalipun dia curang terlalu banyak, sekalipun penyebab aku dgn dia putus sebab perempuan lain, aku tak pernah berdendam dgn dia. aku rindukan dia. yes, aku admit aku rindukan dia. tapi aku takkan berganjak dari hidup aku untuk kembali pada dia. itu takkan mungkin ! ludah yang aku takkan jilat balik ! demi tuhan, itu adalah kenangan yang aku rindukan. tahu tak korang yang aku berhabisan kekuatan dan semangat mencarik balik semangat dan api dalam diri aku, supaya kuatkan tempuh hidup tanpa syuk. tapi kuat aku, kuat lagi ex gf syuk . Azah Jeffrey. 9tahun dia bersama syuk, tak satu pun syuk hargai. sapelah yang aku baru 4tahun dgn syuk. Azah, you really strong my dear. dulu you pernah maki i, but i never listen. tengoklah apa jadi sekarang. kita akhirnya jadi baik semula. semua ada kenyataan yang pahit ditelan, tapi syukuri la allah masih sayang kita berdua. Its hurt. berdampingan dengan kau syuk, adalah satu kesilapan yang aku terpaksa telan tapi aku xjugak menyalahkan takdir. itu semua adalah pengalaman yang menjadikan aku seperti sekarang. 
hakikat aku terpaksa terima, kerana kau aku merana. kerana kau, aku terseksa. sakitnya tak dapat terima hati aku payah nak terima insan lain. kerana saki baki kenangan dgn kau yang selalu membayangi aku. mana ceruk dunia, mana tempat, yang aku dgn kau xjelahi. kl, melaka bukan asing lagi. dan setiap itu, hati aku berdetak ! kenapa aku payah nak lupakan kau? syuk, aku tahu kau takkan ingat aku, tapi tahu ke tak kau, aku sentiasa doakan kau berubah demi diri kau sendiri? jangan jadi pengikis perempuan lagi, jangan jadikan amarah kau tu sebagai pengukur keberanian kau. kau silap syuk. kau kosong ! kau tade sape sape sebab kau buang semua orang dan kau yakin perempuan kau boleh lindungi kau. kita hidup bermasyarakat. kalau kau tak boleh terima hakikat kau tu asal orang susah, pegi keje. aku bodoh menanggung kau 4tahun. bergadai hidup aku pegi keje sebabkan kau. sedangkan kau duk membuta kat rumah. apa jadi dengan hidup kau skrang syuk ? makan ke kau, sempurna ke hidup kau sekarang tanpa aku ? 
kenapa aku masih risaukan kau? aku tak tahu. tapi setiap hari jugak aku mencuba lupakan kau dan hidup dengan nafas baru. hari ni baru semua orang tahu, sesungguhnya gelak tawa aku cuma palsu. setiap kali menungan aku, detik itu aku terfikirkan kau. tapi percayalah, kau bukan lagi di hati aku. 

sesungguhnya cinta itu bukan tercipta untuk aku. baik di langit mahupun dibumi. 
  
 

Next Week.

Lets begin. 

Okay , the saddest thing happen in my life. Aku kena ntah apa virus membuatkan aku dikuarantin selama 2minggu. Ikutkan aku tade hal sangat, tapi next week raya weeyy plus birthday aku. Aku baru la plan nak happy2kan diri. Takpelah, sedih ann tadapat merayakan kelahiran aku yang ke 21. Selama 21tahun ni, aku tekad tanak buat keje bodoh lagi, aku tanak degil2. dan yang penting aku nak keje weyy ! Ya Allah, semoga usia aku yg ke 21 ni mematangkan aku, memurahkan rezeki aku. Amin !

Peace Yaw.

The One and Only

Meet the Penulis HHawkerrr:)

Friday 19 August 2011

adik !

ni adalah blog baru saya weyyy ! 
sebab blog lama ntah apehal jadi so takpe ! 
anda masih boleh berkunjung ke blog lama saya !
http://imridiculousnonsense.blogspot.com/
so, inilah adalah blog merangkap adik yang diatas nih ! 
peace yaww;)