Tuesday 20 March 2012

Time is Clocking

Masa itu pantas berjalan. atau ia terlalu slow kat aku ? ke aku gatal kahwin ? ke apa apa jela. banyak pulak ke nya. adei. sebenarnya lately ni aku ada migrain je. sometimes, everyday. apehal la kepala otak aku ni hah. mungkin jugak aku banyak pikir. risau banyak perkara. aku pikir aku akan relax, tenang. but what ?! actually gabra la wei. korang dah rasa ke tak pena rasa ke apa ke, aku peduli apa? sekarang, citenya, AKU ! deh, serius aku gelabah je. should be aku tenang la, sbb banyak dah aku settlekan. few things je belum. rumah pun dah berkemas, cuma nanti kena touch up. 


aku sentiasa berdoa je semoga perjalanan majlis berjalan dgn lancar, maybe not sempurna tapi ye, berjalan dgn lancar. kita tak boleh puaskan hati orang. sekadar yang termampu. wish me luck guys.

Friday 9 March 2012

Mood.

Hi :(


Lately aku terasa emosi yang melampau. entahlah. im not ready for everything. tersenyum tapi kosong diantaranya. haishh. lemah je rasa. amik nafas panjang, dan lepaskan, still, masih tak rasa lega. dan kadang nak je aku lepaskan semua dan biar semua tahu aku tertekan. dunia ni dah tak seindah mana. makan pun lately dah tak lalu. aku asyik lepas geram aku dekat golf je. the best part, bila aku tension ni, main bagus pulak. 


esok aku kursus kahwin, and im not ready at all even baju dah siap gosok. yela kursus kat kl bukan melaka. pagi dah gerak, malam balik. ahadnya pun camtu gak. cet. letih je. tapi kena pegi kan. tak best sebab aku sorang je kursus. tunang aku dah kursus awal awal lagi. serius aku tak ready. dan itu menambahkan moody aku. 


tambah lagi tension, isnin kena buat blood test, kalau boleh settlekan borang nikah tunang aku, dah settle dia baru boleh buat borang aku. which is aku rasa makan seminggu. rumah aku tak kemas kemas lagi dan aku pulak sorang je kena kemas sbb along aku tengah pantang, abang aku kerja dan kak sha kat kedah, macam mana nak balik tolong. the best part, semua balik sehari sebelum aku nikah. hari jumaat. grrr. 


aku terasa letih, terasa penat, terasa stress. ok tu side aku. side tunang aku. satu benda alah pun tak buat lagi. kan ke stress tu. tunang aku tapayah cakap la camne dia stress. sebab side tunang aku, bukan majlis kahwin biasa. its a GOLF WEDDING ! 


btw, kahwin bukan perkara mudah tapi itu yang akan diharungi semua orang yang nak kahwin. mungkin tak semua rasa WEDDING STRESS. tapi aku dengan tunang tengah rasa benda tu sekarang. both are perfectionist. thats why kitaorang jadi macam ni kot. kitaorang berharap sangat majlis berjalan dengan jayanya. haish. Ya Allah, kau tenangkanlah hati hambamu ni. aku terlalu lemah dan terlalu lemah untuk menghadapi ni semua. bila both stress, apa yg nak buat pun takde mood. so macam mana nak decide apa yg bagus. entahlah. lemah lemau lembik dan seL yang lain. 


brb. 

Wednesday 7 March 2012

Putaran Dunia



# 51 days .
On Counting . 

the making.


Hi :)
Okay, hari isnin aritu, aku dah start beli membeli dan membelah. On the same day juga, aku g amik borang nikah dan buat apa patut. So semalam continue beli hantaran lagi. So barang aku dah settle. Tunang aku belum settle lagi. Dengan tak settle nya hantaran semalam, so terpaksa continue akan datang. You know what ? Semalam punya shopping je dah habis almost 3K !!! OMG ! belum lagi hantaran tunang aku. Sekarang punya barang memanglah mahal kan. Tak boleh kata apalah, kahwin sekarang bukan senang tapi masih ramai lagi yang bercerai berai. Heran aku. Nak kata artis, tak pun. Pelik pelik. Tak rasa rugi atau menyesal ke bercinta bagai nak rak, kahwin mahal2, ( plus ada yg sanggup berhutang bagai ) then cerai ? ish ish. Tapi aku pun masih tak tahu lagi jodoh aku kan. itu yang dinamakan jodoh. harapnya berpanjangan sampailah aku mati nanti. Aminnnn ! 


Mesti yang tanya apa yang aku letak image tu kan ? Tu actually antara jenama brand yang aku  beli semalam. Diantara yang mahal la juga. Tapi dah tunang aku nak sangat aku beli so aku pun okay jela kan. Tu jela aku dapat aku bagitahu. kalau nak tahu apa lagi hantaran aku, tunggu masa aku kahwin nanti ye. HEHE. 


Dah tahu date kahwin aku ? tak lagi ? nantilah aku bagitahu. HAHA. 


love you guys.

Tuesday 6 March 2012

Hello Kopi ke Milo ?


Wah ! Lama betul ni takde update ini blog. HEHE. adoinya pun ! Banyaklah keje. Wah tarak tahu kaa, saya mahu kawin maa ! Ayarkk. sudah mahu kahwin kaa ? adoi ! pusing kepala empat lima kali. Hahaha.

Gambar atas ni masa aku ngah photoshoot. ish ish. cuba jadi arabian la kononnya. shit ! tak lawa pun enan. HAHA. okay okay, btw im counting my own big days. bulan 4. ntah bape lama lagi. terlalu banyak preparations. sana sini ke hulur ke hilir. ohh bukan senang nak kahwin. dan nak tahu apa aku alami sekarang ?
WEDDING STRESS ! apa tak percaya ? adalah weii. tu aku tengah rasa la sekarang. bukan hantaran la apalah je kena prepare, otak dan mental pun kena kuat tau. kena prepare jugak tu. semoga Allah selalu kuatkan semangat aku nak membina masjid ni.

Doakanlah ye !