Saturday 30 June 2012

teee teee teee heee ;)

My Weddingggg :)

Hi geng. Ok, my wedding dah lama berlalu, but itu bukanlah penanda aras bahawa aku tak boleh bercerita pasal hari kahwin aku aritu.

Sebenarnya, lebih nak bercerita happynya aku dan bukan jugak nak tunjuk aku sorang je bahagia. Ok, fine. Tak nak baca sudah ler. HAHAHA.

Yeah, life getting bettaaa ! :) Alhamdulillah, dah selamat jadi isteri orang, dah selamat segalanya dengan cara yang diredhai dan dianugerahkan nikmat tak terhingga oleh Allah. Syukur, alhamdulillah again. Aku bahagia dengan suami halalgel aku. Hehe. Perkara yang korang takkan dapat rasa selagi tak nikohh weii. Aku dulu pun bercinta berduyun duyun, tak pernah pun rasa mcm ni. Aku kenal suami aku sekejap je kot. Kenal kat Formula Drift Malaysia sbb masa tu sama2 kerja. Cuma job dia besar, aku takat usher je pun. Perkenalan singkat, yang akhirnya aku dibawa jumpa mak bapak dia, then tahu2 nak tunang, tahu2 dah pilih tarikh kahwin. APA ?? Bunyi sekejapa kan, memang pun. Kalau ikut tarikh aku kenal sampai tarikh aku nikah pun belum cukup setahun aku kenal suami aku. Tu tak tolak masa kawan, masa cinta lagi.

Tapi dah nama jodoh, akhirnya aku kahwin dengan dia. Adalah few times aku gaduh dengan suami aku masa  bercinta dulu. Nak kata teruk, maybe teruk lah. tapi yang pelik suami aku takkan pujuk pun time tur, dia biar je, then esok lusa baru dia pujuk. ada jugak masa dah tunang, kitaorang gaduh teruk, teruk betul. sampai seminggu aku rasa tak tegur, the best part abg n ayah aku tahu. Siap bagi nasihat lagi, yang best aku cakap aku dah tak nak dekat dia lagi. aku cakap nan ayah n abg aku, cukuplah pengalaman aku dengan bekas tunang. aku tak kahwin , tak bercinta dengan sape2 sampai bila2 pun takpe. bahagia hidup aku. takde pikir hal orang lain. agaknya bunyik serius, diam2 abg aku sms suami aku time tu. aku plak memang off hp, langsung xon2. tak nak gangguanlah kiranya. habis pikir brooo. hahaha. tapi nak jadi cerita, abg aku suh jugak on hp, aku on la. sekali tu dia berbondong2 la sms, misscall and ntah apa2 lg. lepas tu masih lg aku keras kepala walaupun mcm dah cair sikit, esoknya abg aku g jumpa suami aku. akhirnya, suami aku datang rumah nak bawak aku keluar jugak. dia pujuk2 barulah kitaorg berbaik. ayat dia yang mungkinlah aku ingat, yang dia tak pandai bermadah, cuma dia dah puas hidup dengan bekas gf yang tak jadi kahwin, yang dia akhirnya dah jiwa mati, tak nak kahwin langsung. tapi bila jumpa aku, dia rasa pengalaman menjadikan kitaorang matang dan sama2 paham perihnya bercinta tur. dia nak jadikan aku yang sah buatnya, so then dia tak payah merana lagi.

bila dah ok, terus buat preparation kahwin. mula2nya idea nak buat small ceremony bcoz nak jimat duit, tak nak bazir2. tahu2 punyalah besar parents in law aku buat. alhamdulillah, juga rezeki allah yang memudahkan segalanya.

ni tips dia aku nak bagi sikit,

mulut kena selalu cakap, 'Ya allah permudahkanlah segalanya buatku.' kalau nak tambah pasangan, tambahlah. everytime doa mcm tur. masa sembahyang of course la kena tadah tangan doa benda sama. tapi perkara ini, mesti dilakukan oleh kedua2 pihak. kalau seorang je doa untuk relationship tu , tak guna jugak. ni tips dari aku lah. sebab perkara ni alhamdulillah, terbukti kat aku. masa solat, doa panjang sikit. doa pada allah, kalau ini jodoh aku, maka kau berikan aku jalannya. insya allah, nanti nampaklah keberkasanannya. yang baik datangnya dari allah, yang buruk datangnya dari kita sendiri yang jahil.

nnt aku sambung tips2 rumahtangga dan kesan2 nya.

No comments:

Post a Comment